Jika seseorang hadir dalam hidup kita dan menjadi sebahagian daripada kita, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih,terimalah kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah membahagiakan kita.
(Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama kita, dia akan kembali)
Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika kita merasakan sesuatu itu akan membuatkan kita bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.
(Masa tidak menunggu kita. Jika kita rasakan kita telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau kita akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan kita benar2 bahagia)
Cinta itu membuatkan kita gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yang bertuah.
(Jika kita bertemu seseorang yang benar2 menghargai kita, maka dia berhak mendapat kasih kita
Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya kita kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang.
(Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk kita mencubanya terlebih dahulu; kerana jika kita berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika kita tidak mahu/berani mencubanya, kita mungkin akan kehilangan orang yang kita sayang/cintai selamanya)
tuhan)
Apa kata seseorang memberitahu kita ini Saya tidak percaya dengan courtship (mendapatkan perhatian bagi memenangi seseorang). Ia cuma membuang masa sahaja. Jika saya mencintai seseorang, maka saya akan meluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pula pengecualian bagi kita, jika kita mencintai dia, dia akan ‘court’ (sentiasa cuba memenangi) kita selamanya..(Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya. Terdapat cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa bagi pihak satu lagi menyedarinya. Merinduinya apabila dia tiada di sisi, mengharapkan daripadanya berita apabila berjaya
