Cinta juga dikatakan makanan bagi hati,santapan bagi jiwa dan ubat penenang hati. ia adalah kebahagiaan bagi jiwa, cahaya bagi akal dan bangunan bagi batin. ia juga adalah jiwa bagi kehidupan dan kehidupan bagi jiwa..
Bagi menguruskan hati dengan baik, hati perlu disuburkan dengan cinta. Cinta yang subur berputik membuahkan rindu. Rindu menjadi magnet yang kuat bagi mempertemukan sang pencinta dengan cintanya..
Namun, hati-hati dengan cinta. Cinta itu madu juga racun bisa. Cinta dapat membawa kepada bahagia juga kepada sengsara. Cinta dapat mendorong kepada kebaikan dan keindahan juga dapat menjerumus kepada kecelakaan dan kehinaan..
Setiap orang pasti merasai kewujudan cinta dalam hatinya. Orang yang mati hatinya sahaja tidak merasai cinta. Manusia tidak mungkin hidup tanpa cinta. Saluran cinta banyak. Ramai orang cinta pada kekasih, pasangan, kuasa, wang, nama dan sebagainnya. Orang yng memiliki kecantikan dan ketampanan sosial menyalurkan rasa cinta kepada saluran yang baik...
ADAKAH KITA PERNAH MERASAI KEWUJUDAN CINTA DALAM HATI??
